30 December 2019

"MAIN ORDER JER..." - ERMA FATIMA DAPAT TELEFON RM10K DARIPADA BAIM WONG


Wahhh... memang beruntung sungguh pelakon dan penerbit Erma Fatima apabila dia menerima hadiah telefon bimbit terbaharu jenama Samsung yang dianggarkan bernilai RM10,000 daripada aktor popular Indonesia, Baim Wong pada Ahad lalu. Rezeki tidak diduga, Erma telah berkongsi rakaman video Baim yang menunjukkan telefon bimbit berjenama itu yang baharu dihantar jurujual kira-kira satu jam selepas pertemuan mereka.





"Dipaksanya orang hantar telefon ini, tengok gilanya Baim... ini (telefon) baru dijual di Indonesia? Aku datang mahu lihat anak kamu. Giler dah @baimwong ni... dia main order jer handphone harga RM10,0000 ni untuk aku... dia ingat aku kaya...," kata Erma.

Rata-rata pengikut turut teruja dengn pemberian telefon bimbit itu dan menyifatkan Baim seorang individu yang pemurah: "Beruntung... baiknya hati Baim, semoga murah rezeki Baim dan juga Kak Erma."

Klik untuk gambar besar


"Baim memang begitu, dia pemurah, harga belakang cerita... saya selalu tengok YouTube dia." - "Anak belanja mak apa salahnya, dia ada duit tu Kak Erma, Orang baik bertemu orang baik dapat rezeki pun baik," komen pengikut.

Sebelum itu, Erma terbang ke Indonesia sebagai kejutan untuk melawat Baim dan isterinya, Paula Verhoeven yang baharu dikurniakan bayi sulung bernama Kiano Tiger Wong pada Jumaat lalu: "Menumpang bahagia Baim Wong dan Paula! Anak syurga, semoga menjadi anak soleh ya sayang," tulis Erma pada salah satu video.

Terdahulu, Baim pernah membintangi drama arahan dan terbitan Erma berjudul 'Ketika Cinta Merintih' dan 'Bukan Cinta Aku'. Kerjasama itu membuatkan hubungan kedua-duanya akrab sehinggakan Erma menggelarkan dirinya sebagai mama.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: