"Setahun berlalu... semoga ALLAH sentiasa lapangkan kubur ayahku..di ampunkan segala dosanya dan tempatkan ayahku di syurga.. amin. Tomok rindu ayah. Al-Fatihah," tulis penyanyi Tomok menerusi laman Instagramnya.

Genap setahun arwah bapa, Ismail Salim meninggal dunia akibat serangan strok, Tomok menitipkan doa. Penyanyi berusia 35 tahun ini memanjatkan doa semoga arwah bapanya diampun segala dosa dan ditempatkan di syurga.
Untuk info, bapa Tomok dan Isma meninggal di kediaman keluarga di Alam Damai, Cheras, kira-kira jam 3 petang. Arwah meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Tomok
________________________

No comments:
Post a Comment