Pelakon dan usahawan, Datin Zizie Izette telah mengadakan sambutan hari lahir ke-2 anak kembarnya, Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette yang diadakan semalam. Momen sekitar sambutan tersebut telah dikongsikan oleh Zizie menerusi laman Instagram miliknya.

"Liveupdate: Celebrating my twins with their loved ones and friends as #aadamaalephturntwo! Event Planner & Decorator : @AinaCoPartyNSuch. Cake : @Ladybosscake. Pinata : @PinataPartyKL. Face Painting : @makeupbyNazrene. Kids Costume : @dallapaperie. Photographer & videographer: @aqoimran @7pixelstudio. #pawpatrolparty," tulisnya.
Bukan itu sahaja, majlis hari lahir itu disambut begitu meriah dengan mengambil tema kartun animasi 'Paw Petrol'. Di samping itu, ibu dan adik kepada Zizie iaitu pelakon Khty Fauziah dan pelakon Shaheizy Sam turut hadir bersama memeriahkan sambutan majlis hari lahir si kembar.
Untuk makluman, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar lelaki bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017. Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata perempuan bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac lalu. Zizie dan suami dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Klik untuk gambar besar





















www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Zizie Izette
________________________

No comments:
Post a Comment