30 December 2019

AZZA DEDAH INDIVIDU ASING DESAK MINTA MAKLUMAT PERIBADI ABBY


Mendedahkan bahawa terdapat individu yang seolah-olah mendesaknya untuk memberikan maklumat peribadi mengenai sahabatnya, Abby Abadi, pelakon dan penyanyi Azza Elite atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 41, berkata individu berkenaan tidak berhenti daripada memintanya untuk berkongsi nombor telefon peribadi Abby biarpun mesej tersebut tidak dibalasnya.





"Nak jawab tak nak? Apo kakak, dengan kita sibuk meniaga, masa ni lah nak minta nombor telefon. Tahu tak, masa saya dengan keluarga pun kadang-kadang kurang ni pulak nak menjawab mesej. Saya juga harus menjaga privasi sahabat saya.

"Jangan suka-suki nak bagi nombor telefon orang. Yang penting 'Sila Jawab' tu ku tak tahan. Maaf kak, saya tak boleh bagi kecuali dengan keizinan tuan punya badan. Saya lebih kenal sahabat saya, saya rasa tak perlu bagi," kongsinya menerusi satu entri di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Azza turut berkongsi paparan mesej individu yang tidak dikenalinya itu menerusi entri tersebut. Menerusi paparan mesej tersebut, individu berkenaan tidak putus-putus menggesa Azza untuk memberikan maklumat yang diminta.

Begitupun, perkongsian Azza itu kemudian mendapat respons Abby sendiri: "DM (Direct Message) saja pun boleh sebab Abby Abadi tak suka cakap di telefon @azzaelite," tulis Abby di ruangan komen.

Pada masa sama, ramai juga yang bersetuju agar maklumat peribadi termasuklah nombor telefon tidak dikongsikan kepada orang lain sebelum mendapat kebenaran: "Kena tanya tuan badan, tuan badan izinkan, baru bagi. Kalau saya, saya bagi nombor telefon orang yang bertanya kapada tuan badan, terpulang pada dia nak berhubung atau tak," tulis salah seorang pengikutnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azza Elite


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: