30 December 2019

"PELAN2 KAYUH DOAKAN YE" - MONA ALLEN TUKAR IMEJ BERHIJAB?


Menerusi sebuah entri di laman Instagram, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 34, telah memuatnaik foto dirinya dalam keadaan berhijab dan ia telah mencuri tumpuan ramai: "Sis tak berapa nak pandai sgt nak berhijabista... but not bad laaa kot pelan2 kayuh doakan ye," tulisnya di ruangan kapsyen.





Menerusi perkongsian pelakon drama 'Monalisa' itu, foto yang memaparkan dirinya mengenakan tudung berwarna merah jambu itu difahamkan dirakam di dalam sebuah masjid. Biarpun tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah benar-benar berhijab, namun, imej dirinya menggayakan tudung itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Rata-rata memuji Mona yang disifatkan lebih nampak cantik dan ayu dengan imej sedemikian: "Alhamdulillah, makin cantik bila bertudung..cuma tudung perlu dilabuhkan menutup dada," tulis salah seorang pengikutnya.

Mona kemudian turut mengakui bahawa banyak lagi yang perlu dipelajarinya: "Insya-Allah sis baru belajar," balasnya terhadap komen yang diberikan kepadanya.

Sebelum ini, Mona juga pernah mendapat perhatian umum apabila mendirikan rumah tangga secara rahsia dengan pelakon Pekin Ibrahim pada Disember tahun lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mona Allen & Pekin Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: