30 December 2019

"HERO KAMI..." - BOCEY SERAHKAN YOE PAREY 'FLAMITOZ KUMPULAN PALING SYOK'


Anggota kumpulan Bocey iaitu Achey, Abam dan Fad telah bersepakat menyerahkan hadiah 'Flamitoz Kumpulan Paling Syok' yang diterima ketika persembahan suku akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kepada selebriti undangan mereka, Yoe Parey. Bocey berkata, walaupun baru pertama kali menerima 'Flamitoz Kumpulan Paling Syok' sepanjang menyertai MLM 2019, namun Yoe Parey lebih layak diberi hadiah tersebut.





"Yoe Parey hero kami pada malam ini, selayaknya dia yang ambil hadiah itu. Bocey berterima kasih kepada Yoe…Kerana dia kami mendapat markah tertinggi daripada juri. Hari ini Yoe Parey membuktikan yang orang istimewa juga mampu berjaya. Siapa sangka Yoe Parey mampu beraksi secara live di pentas MLM 2019," tutur Bocey terharu.

Ditanya adakah Bocey tidak terkilan kerana tidak pernah menerima markah tertinggi daripada juri, juara dua kali MLM ini berkata mereka percaya kepada rezeki.

Klik untuk gambar besar


"Memang betul malam suku akhir pertama kali Bocey bergelar juara mingguan dan menerima plak ‘Flamitoz’. Kami tidak pernah terkilan, sebaliknya percaya kepada kredibiliti juri dan rezeki daripada Allah. Cepat atau lambat, rezeki pasti ada…Itu yang kami pegang," kata Fad mewakili Bocey.

Dalam pada itu, Bocey sempat berkongsi pengalaman manis dan cabaran bekerja dengan Yoe Parey selama dua hari: "Cabaran kami ialah, Yoe Parey ni dia tidur awal…Jadi, kita pula berlatih akan ambil masa yang lama. Tapi semangat dia buat kami kagum.

"Syahmi juga banyak membantu kami memberi garis panduan macam mana nak 'tackle' Yoe Parey. Tanpa bantuan Syahmi mungkin susah juga. Sebab semua ini risiko, antara jadi dengan tidak jadi sahaja cerita kami di pentas. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semuanya berjalan lancar, syukur," ujar Achey.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Achey Bocey, Fad Bocey, Yoe Parey, Anissa Faizul & Syahmi Sazli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: