27 December 2019

BETUL KE TAK BERBALOI KERJA PEREKA GRAFIK DENGAN ALIFF SYUKRI??


Semua kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri, satu nama yang meletop kerana mempunyai empayar kosmetik bernilai jutaan ringgit di Malaysia. Malah dia juga sering mempamerkan pelbagai barangan mewah yang dibelinya hasil perniagaannya itu.





Bagaimanapun, Aliff Syukri tiba-tiba teruk dikecam gara-gara skop gaji yang tidak berbaloi dalam iklan kerja yang ditawarkannya.

Melalui tawaran tersebut, kerja yang ditawarkan adalah pereka grafik yang mmerlukan pemohon mahir menggunakan ‘software editing’ grafik, mereka juga harus mempunyai kemahiran fotografi, boleh menghasilkan video, mereka laman web, menjaga media sosial, ‘copywriting’ dan macam-macam lagi.

Klik untuk gambar besar


Namun gaji yang ditawarkan dalam lingkungan RM1,500 - RM1,800, berbanding permulaan RM3,000 yang ditawarkan di tempat lain sekiranya mahu melakukan kerja mahir yang banyak seperti itu.

Biar betul! Ada yang dakwa macam hamba abdi la pulak... Heh.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: