27 December 2019

SELESAI DIBEDAH - PENGIKUT DOAKAN NABIL MAHIR SEGERA SEMBUH


Menerusi laman Instagram, pengacara Nabil Mahir telah memuatnaik foto dirinya berada di kerusi roda di sebuah hospital dan mendedahkan telah selamat menjalani pembedahan semalam. Bagaimanapun, Nabil tidak menyatakan masalah kesihatan yang dialaminya.





Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir memaklumkan perkara itu menerusi ruangan Instagram (IG) miliknya selepas usai pembedahan itu: ""Alhamdulillah operation dah selesai and I'm feeling better," tulisnya secara ringkas.

Menerusi entri tersebut, rata-rata pengikut Nabil melahirkan rasa risau dan mereka berharap agak dia segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya: "Sakit pun still happy go lucky. Apa-apa pun moga cepat sembuh." - "Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh." - "Kenapa bro? Apa pun semoga cepat sembuh dan sihat. Stay strong bro," antara komen-komen netizen.

Di samping itu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut memuat naik foto dan beberapa video di Instagram Stories ketika menziarahi Nabil. Nabil dan Ayda akui sedang menjalin hubungan cinta selepas mula rapat beberapa bulan lalu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabil Mahir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: