17 December 2019

BILA TUNANG BASUH TANGAN KAKI, SUAP, POTONG KUKU RISTEENA TARIK PERHATIAN


Pelakon Risteena Munim menerusi laman Instagram miliknya telah menyifatkan dirinya sebagai wanita paling bertuah kerana ditemukan dengan aktor Isa Khan. Hampir sebulan mengikat tali pertunangan, Risteena, 26, berkata terlalu banyak memori yang tercipta dan berharap detik-detik itu akan berkekalan sepanjang perhubungan mereka.





Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies berkata dia kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Isa Khan dan berharap supaya ikatan perhubungan mereka akan berkekalan. Menerusi video yang dimuatnaik Risteena, antara yang mencuri perhatian pengikut ialah aksi Isa Khan menyuapkan makanan, membasuh tangan, kaki dan memotong kuku pelakon drama 'Playboy Itu Suami Aku' itu.

"Throwback zaman bercinta. Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya. Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.

"Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu. Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat.

Klik untuk gambar besar


"Semoga saya terus menjadi semangat dan kekuatan awak. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Saya bangga dengan apa yang awak usahakan dan apa yang awak ada sekarang. I'm proud to say this, my Isa Khan.

"P/s: Masa ni belum terfikir untuk ada @lovit_hq pun. Now dia dah menjadi seorang founder yang hebat. Cepatnya awak sayang. Mudahnya semua urusan awak. Saya sentiasa doakan @lovit_hq kita berjaya bersama team kita," tulis Risteena yang berkongsi rakaman pendek yang menyaksikan momen-momen indah ketika bersama Isa Khan di laman Instagram.

Terdahulu, Risteena dan Isa Khan mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri 'Bulan Di Kota Langit' dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu. Pasangan itu mengumumkan berita mengenai pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya, pada 6 Disember lalu.














www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan & Instagram Risteena Munim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: