14 December 2019

BUANG GELARAN DA'I, FOTO BEKAS ISTERI - KINI GUNA NAMA FARHAN MUTAWWIF


Susulan kontroversi rumah tangga, juara program Da'i musim kedua, Nik Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad menerima pelbagai cemuhan. Dek kerana itu, Farhan akhirnya bertindak menukar nama Instagram miliknya yang sebelum ini menggunakan nama Da'i Farhan kepada Farhan Mutawwif pada Rabu lalu.





Selain itu, pada profil akaun tersebut, dia turut meletakkan nama sebagai Nik Farhan, penceramah Haji dan Umrah serta suami kepada @drholisw. Akaun tersebut sehingga kini sudah mendapat lebih 111,000 pengikut.

Malah, mengikut tijauan, Farhan sudah membuang semua foto-foto lama bersama bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris. Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Farhan berhubung perkara itu gagal apabila ustaz selebriti itu enggan memberikan sebarang respons kepada media.

Klik untuk gambar besar


Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan pendedahan Farhan menikahi seorang janda anak lapan, Noorainul Naqim Mohd Radzi di Makkah. Bagaimanapun, muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki atau nama sebenarnya Nafsarah Maliki yang membongkarkan perkahwinan itu sebenarnya dibuat secara sembunyi tanpa kebenaran isteri dan mahkamah.

Berdasarkan satu laporan sebelum ini, Farhan berkata, tuduhan berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan kepada bekas isteri pertama dan keluarganya. Pendakwah ini juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 iaitu Dr Aireen berjaya membuat hatinya terbuka dan menerima hasrat itu.

Hasil perkahwinan hidup Farhan dengan bekas isteri, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, sementara wanita ini sedang hamil 8 bulan.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: