05 December 2019

DA'I FARHAN: "DIA MEMUKUL PINTU SAMPAI LEBAM... INILAH PERPISAHAN MEMBAHAGIAKAN"


"Alhamdulillah syukur, kami berkahwin kerana Allah dan kami berpisah pun kerana Allah. Bahagia hati dapat melafazkan kalimah itu pada dirinya," demikian tulis Da'i Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29 menerusi satu posting di akaun Instagram sebelum memadamnya semula atas sebab tertentu.





Krisis rumah tangga pendakwah bebas itu semakin rumit apabila juara program Da'i musim kedua itu tampil menjelaskan punca melafazkan cerai kepada isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain pada Selasa lalu.

Da'i Farhan berkata, dia sudah membuat solat istikharah selama seminggu sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan talak menerusi rakaman suara di aplikasi WhatSapps. Menerusi posting itu juga, Da'i Farhan mendakwa bekas isteri pertamanya itu memutar belit cerita yang mendakwa dia dipukul dan dikurung sebelum diceraikan.

Jelasnya, tiada sebarang kekerasab yang dilakukan yang dilakukan terhadap wanita itu, sebaliknya Fatin mencederakan diri sendiri dengan memukul pintu bilik sekuat hati: "Bermula dengan kisah di satu malam, saya mengambil telefon bimbitnya di dapur untuk mencari sebuah jawapan. Lalu saya masuk ke bilik dan kunci pintu, maka mengamuklah dia bagai jantan kerana tahu akan terbuka segala aibnya.

Klik untuk gambar besar


"Rancangan jahat serta komplotnya dalam meraih simpati netizen kononnya dia adalah mangsa penganiayaan. Dia memukul pintu bilik sekuat hati selama hampir 15 minit, sampai lebam-lebam tangannya. Tahu-tahu dia buat report polis, katanya dipukul oleh suami dan dikurung oleh suami. Sudah-sudahlah ustazah Fatin ye," katanya.

"Daku istikharah selama seminggu dan buat keputusan untuk terus melafazkan cerai. Setakat ini sahaja jodoh kami suami isteri, tetapi sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak kami tetap selamanya sampai syurga," kongsinya pada posting itu.

Dalam pada itu, Da'i Farhan meminta netizen supaya menilai sendiri penjelasannya menggunakan akal dan mata hati. Dia juga menganggap perpisahan yang berlaku sebagai satu keputusan membahagiakan.



"Wahai netizen nilai dengan mata hati dan akal fikiran yang Allah kurniakan. Banyak hikmah kebaikan buat kami melalui perceraian ini. Inilah perpisahan yang disebut dengan perpisahan yang membahagiakan," luahnya.

Sementara itu, Fatin menerusi kenyataan di Facebook memberitahu sedang menguruskan urusan perceraian menerusi saluran yang sebenar dan dalam keadaan tertutup. Fatin turut meminta maaf kepada semua yang tersinggung secara langsung atau tidak langsung dengan permasalahan keluarganya.

"Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manuasia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik dan buanglah saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh.



Dalam persoalan hak, itu haruslah melalui saluran betul. IshaaAllah saya dan pihak keluarga akan mengikuti saranan pihak berautoriti untuk menguruskan kes perceraian ini sebaiknya serta dalam keadaan tertutup. Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, maafkanlah," ujarnya.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Da'i Farhan menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah. Malah berdasarkan laporan sebelumini, Da'i Farhan berkata, tuduhan berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan kepada bekas isteri pertama dan keluarganya.

Pendakwag ini juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 iaitu Dr Aireen, berjaya membuat hatinya terbuka dan menerima hasrat itu. Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, sementara wanita ini juga sedang hamil 7 bulan.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: