06 December 2019

DIANA DANIELLE TAK MAHU KOMEN ISU FARID KAMIL


Mengenai suaminya, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan disebabkan kesalahan dadah, pelakon Datin Diana Danielle bagaimanapun enggan memberi komen berhubung perkara tersebut.





"Kalau pasal Farid, saya tak mahu cakap," demikian maklum balas Diana yang ditemani dua anaknya dan terus berlalu menghindari beberapa wakil media yang menunggunya di tepi pentas sewaktu acara promosi drama terbarunya, 'Ombak Rindu The Series'.

Minggu lalu, Farid kembali menjalani hukuman penjara seperti yang ditetapkan atas kesalahan penyalahgunaan dadah selepas rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pada Mei lalu, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 38, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri. Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, pelakon filem J Revolusi itu didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita & Instagram Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: