06 December 2019

"BERTEMU IMAM YANG MEMBIMBINGMU KE JANNAH..." - DOA JASMIN HAMID BUAT ROHANA


"Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan usia anak perempuan saya Hana sampai hari ini. Mohon Allah merahmati usia yang telah diberikan buatnya, dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.. Bertemu dengan imam yang akan membimbingmu ke jannah. Sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah, di kurniakan pengakhiran hidup yang baik.





"Doa ibu tak pernah putus untuk anak ibu," demikian tulis pelakon Jasmin Hamid yang melayangkan doa buat anak perempuannya, Rohanna, yang meraikan ulangtahun kelahiran semalam Menerusi ucapannya di Instagram, Jasmin berdoa supaya Hana dikurniakan jodoh yang boleh membimbingnya ke syurga.

Peminat setia pelakon itu turut mengambil kesempatan mengirimkan ucapan hari jadi buat Hana menerusi entri terbabit. Untuk rekod, Hanna yang bekerja di sebuah klinik dijadikan anak angkatnya sejak berusia 20 tahun lagi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro gempak & Instagram Jasmin Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: