13 December 2019

DA'I FARHAN DIDAKWA POLIGAMI, BERCERAI LUAR KEBENARAN MAHKAMAH


Kemelut rumah tangga pendakwah sensasi Da'i Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan nampaknya masih berterusan apabila kali ini dia mungkin berdepan hukuman denda atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Farhan juga telah menceraikan bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah.





Rakan baik bekas isteri pertamanya iaitu Nafsarah Maliki atau lebih dikenali sebagai Ches Al-Maliki menfailkan aduan terhadap bekas juara program Da'i musim kedua itu atas dakwaan melanggar Undang-Undang Keluarga Islam: "Nik Farhan mengamalkan poligami dengan berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi tanpa kebenaran mahkamah.

"Perbuatan menceraikan Fatin Nurul Ain dengan talak satu di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim.

Perbuatan terbabit sebagai individu yang merupakan ikon dan berlatar belakang agama, pendakwah dan selebriti agama menyebabkan undang-undang Islam dipandang hina. Malah, kenyataan Farhan menerusi temubual eksklusif bersama sebuah portal hiburan turut disifatkan menghina agama dan undang-undang Islam.

Klik untuk gambar besar


Laporan itu dibuat di bahafian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam pada Khamis. Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ches Al Maliki masih belum menerima permohonan maaf terbuka daripada Farhan selepas lebih tempoh 24 jam.

Pada 28 November lalu, Nik Ahmad Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap Nafsarah kerana melakukan fitnah terhadapnya secara menulis surat terbuka mendedahkan konon perkahwinannya bersama isteri kedua, Dr Aireen dibuat tanpa pengetahuan isteri pertama.

Ches Al Maliki menerusi sebuah kenyataan kemudiannya memaklumkan saman fitnah yang dibuat terhadapnya ditarik balik. Maklumat itu disampaikan melalui keluarga Fatin Nurul Ain dan Nafsarah kemudiannya menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: