13 December 2019

PENDARAHAN BANYAK, BAPA TERPAKSA DIBEDAH KALI KEDUA - PU RAHMAT MOHON DOA


Menerusi laman Instagram, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan telah mengesahkan bapanya, Mohd Sofyan Mansor terpaksa menjalani pembedahan kali kedua selepas mengalami pendarahan yang banyak. PU Rahmat berharap agar urusan bapanya yang kini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dipermudahkan serta bapanya kembali sembuh.





"Ayah saya mengalami pendarahan yang banyak. Doktor mengambil keputusan melakukan pembedahan kali kedua. Mohon doa agar ayah saya kembali sembuh seperti biasa. Ya Allah permudahkanlah urusan Mohd Sofyan Mansor, bantulah pembedahan dan kesembuhan buat bapa saya," tulisnya.

Terdahulu, PU Rahmat memaklmkan bapanya sebelum ini dipindahkan ke IJN dari Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan tersebut. Namun PU Rahmat tidak memberitahu secara terperinci pembedahan serta penyakit yang dialami bapanya. Rata-rata mendoakan agar bapanya segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan pembedahan itu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & PU Rahmat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: