13 December 2019

DEDAH WAJAH ANAK KETIGA - WAWA MAHU AERIL SENTIASA TEMAN KETIKA BERSALIN


Mengakui dia dan isterinya, aktres Wawa Zainal saling menyokong di antara satu sama lain bukan sahaja soal kerjaya, tetapi juga saat menantikan kehadiran ahli keluarga baru, aktor Aeril Zafrel turut berkata dia setia menenami isteri setiap kali menyambut cahaya mata.





"Saya memang akan berada di bilik pembedahan temani isteri saat bersalin," jelas Aeril. - "Sebab itu saya tak bagi dia shooting. Saya cakap dengan dia, saya tak kan beranak kalau dia tak ada di sisi. Mestilah nak dia teman," seloroh Wawa pula.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaannya saat mengandungkan anak ketiga yang sudah pun dilahirkan pada 1 Disember lalu, Wawa menjelaskan dia bersyukur kerana diberikan kekuatan sepanjang kehamilan.

Klik untuk gambar besar


"Kandungan anak ketiga ni Alhamdulillah. Saya dikurnikan kudrat yang kuat. Meski saya sudah sarat sebelum ini, akan tetapi saya masih mampu untuk bekerja, boleh ke sana ke sini. Malah saya pun terkejut dengan kekuatan yang ada. Mungkin disebabkan oleh semangat yang diberikan orang sekeliling membuatkan semuanya berjalan dengan baik," jelasnya lagi.

Terdahulu, Wawa telah pun selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan. Anak ketiga pasangan itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Menerusi laman Instagram, pasangan ini telah berkongsi wajah anak ketiga mereka. Untuk makluman, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan sebelum ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Wawa Zainal, Ayya Soffya & lilnborn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: