11 December 2019

"DULU I BANYAK DOSA DENGAN YOU, GAGAL DIDIK ISTERI I..." - TAJUL


"Happy anniversary darling I @icaaeddie. Tq sbb jadi isteri I, and jdi mommy kepada anak kite @adrianacarissa_ . Mcm2 dugaan kite lalui, maafkan slah silap I dekat you, dulu I bnyk dosa dgn you, gagal didik isteri I dgn baik. I mnyk maaf bnyk2. I LOVE YOU SO MUCH! Smoga kite jdi lebih baik pada masa akan dtg.





"Insyaallah dgn izin allah. Aminn. Okay setelah 18 kali sye fkir caption, kali ke 19 ni baru betul2 dpat caption tu. Masyaallah aura dia lain mcm smpai kt kepala ni. Gurau guys muahhh!," demikian ucapan penyanyi Tajul Ariff, 21, yang ditujukan khas buat isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Dalam entri tersebut, Tajul mengakui bertuah kerana mempunyai isteri ketika berada dalam situasi susah dan senang. Bagaimanapun, pelantun lagu 'Ibu' ini mendedahkan dia banyak melakukan kesilapan sepanjang melayari bahtera rumah tangga. Perkara itu diluahkan oleh Tajul menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Sebelum ini Tajul mengejutkan peminat apabila dia mendedahkan status sebenarnya yang sudah berkahwin pada 23 Disember 2017. Tajul merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan semua pihak selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum pada Oktober lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Adriana Carissa pada 16 November lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Tajul Ariff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: