11 December 2019

HAFIZUL KAMAL TIMANG BABY GIRL KEDUA: "DUA KALI TERBELIT TALI PUSAT TAPI..."


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Hafizul Kamal yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan semalam. Hafizul berkongsi khabar gembira itu menerusi entri di Instagram (IG) dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.





"Alhamdulillah seorang lagi princess untuk daddy," tulis Hafizul yang memuatnaik foto menggendong anaknya namun tidak didedahkan secara jelas wajah bayi tersebut.

Dalam pada itu, isterinya, Mieja Ibrahim turut berkongsi di laman Twitter miliknya. Kata Mieja, mereka terpaksa menghadapi situasi getir apabila tali pusat bayi tersebut terbelit sebanyak dua kali ketika pembedahan dijalankan.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah. Raisya dapat adik perempuan berat 2.75kg pukul 8.30am tadi. Walaupun dua kali terbelit tali pusat tapi doktor berjaya keluarkan baby dalam keadaan selamat," tulisnya. Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Hafizul dan Mieja serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.

Terdahulu, pelakon filem 'PASKAL The Movie' ini mendirikan rumah tangga dengan Mieja pada 13 Februari 2016. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Hafizul Kamal & Instagram / Twitter Mieja Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: