11 December 2019

SHARNAAZ TAYANG BADAN MAKIN SADO, TEGAP - NETIZEN LUAH KAGUM


Menerusi laman Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad telah mencuri tumpuan netizen apabila memuatnaik foto menayang badannya yang semakin sado dan tegap. Bak kata orang sekarang, memang 'merecik' habis. Sebelum ini Sharnaaz kelihatan agak kurus, kini aktor itu nampaknya sudah kembali dengan bentuk tubuh badan yang gagah perkasa.





Sharnaaz berkata, tujuan dia memuatnaik foto tersebut adalah kerana mahu membakar semangat orang ramai untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan disiplin dan keazaman yang tinggi.

Ramai netizen yang terkejut dan teruja melihat perubahan drastik Sharnaaz jika dibandingkan dengan tubuhnya yang terdahulu. Mereka kagum dengan kerja keras pelakon itu yang sudah membuahkan hasil hanya dalam tempoh dua bulan.

Memang mantap badan Sharnaaz sekarang, respek betul kami dengannya kerana mampu menahan segala 'godaan' makanan sedap dan tidak putus asa bersenam untuk mendapatkan bentuk badan tegap. Harapnya ia turut menjadi motivasi untuk orang ramai di luar sana.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: