02 December 2019

ELFIRA LOY: "TIADA PERLU DIVIRALKAN... KELUARGA SAYA SEDANG SESUAIKAN DIRI"


"Mengenai isu itu (bahasakan diri kakak kepada anak), tiada apa-apa serius yang perlu diviralkan. Ahli keluarga saya semuanya sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam keluarga kami. Al maklumlah... cucu pertama, anak saudara pertama. Saya pun tak pernah ada anak buah yang nak panggil saya mama atau aunty El.





"Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan saya akan bahasakan diri sebagai kakak. Perkataan kakak itu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataaan itu," tutur pelakon Elfira Loy yang mengulas mengenai kenyataannya yang beberapa kali tersasul membahasakan dirinya kakak kepada anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.

Elfira menganggap ia perkara yang tidak seharusnya dijadikan isu kerana jelas isteri kepada Muhamad Faris Khairol Anuar itu adalah kehadiran bayi pertama dalam keluarga dan masih cuba menyesuaikan panggilan baharu kerana sudah terbiasa dengan panggilan kakak sebelum ini.

Untuk makluman, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Oktober lalu. Sementara itu, jika segelintir ibu bapa tidak membenarkan bayi mereka disentuh orang ramai, berbeza buat Elfira yang baharu bergelar ibu iaitu Elfira yang lebih memilih untuk menjaga hati.

Klik untuk gambar besar


Ujar Elfira, dia tidak akan menghalang sesiapa dari mendekati anaknya namun ibu bapa seharusnya lebih bijak memainkan peranan dalam menjaga kebersihan bayi mereka. Ini kerana kata Elfira, tidak semua ibu bapa peka mengenai penyakit berjangkit yang boleh menyerang bayi melalui bersentuhan.

"Tak adalah setiap kali orang datang nak peluk cium dia saya nak kena beritahu fasal benda tu atau halang mereka. Benda begini sudah berleluasa dan mereka semua pun dah tahu yang baby masih fragile dan kita tak tahu kalau-kalau dia ada kulit yang sensitif atau apa.

"Saya cuma harap yang mereka faham. Ada saja yang datang, pegang dan cium dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka sakit hati saja. Jadi apa yang selalunya saya terus cuci tangan dan muka anak saya," katanya yang turut memberitahu dia dan bayinya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang malah gembira dengan pengalaman baharu yang dilaluinya itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: