02 December 2019

ANAK ZIZIE CEDERA MATA TERKENA BUCU MEJA: "KESIAN ANAK MOMMY"


Menerusi laman Instagram, pelakon Zizie Izette, 41, telah berkongsi beberapa keping foto yang memperlihatkan salah satu anak kembar lelakinya, Aaleph Zeke Izette mengalami kecederaan di bahagian bawah mata akibat terkena bucu meja.





"Bumped his cheek on the corner of a table in my house yesterday and woke up with a swollen & blue black eye. Kesian anak mommy. Tp xpe, Aaleph is a strong boy.. Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy x ada, mommy akan simpan semua table yg ada kat rumah. Kita cuba elakkan lg dari sebarang kemalangan berlaku walaupun kdg2 ada yg kita x dpt nak elak. #itseverymommysnightmare," tulis kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu.

Untuk makluman, Zizie mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar lelaki bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Kemudian, Zizie dikurnikakan seorang lagi cahaya mata perempuan diberi nama aalisa Belle Izette pada 1 Mac lalu. Selain itu, pasangan ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Zizie Izette


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: