02 December 2019

ISU ANAK BOTAK: "IS SHE'S SICK? GOT LICE RIGHT?.. KEEP SPECULATING..." SAKINAH


Nampaknya perkongsian foto dan video pelakon Sharifah Sakinah memperlihatkan kepala anak perempuannya, Anais berimej botak itu telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen beranggapan tindakan Sakinah disebabkan kanak-kanak itu mengalami penyakit yang serius atau dijangkiti kutu rambut.





Bagaimanapun, Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 30, menafikan semua telahan itu dan meminta netizen terus membuat spekulasi: "There are so many speculations on why Anais's head is bald now. Is she's sick? Got lice right? Stuck some slime? She got creative and cut her own hair? Well, let me give you a clue. None of the above. Keep speculating oi ha ha ha".

Dalam pada itu, ada segelintir pula menganggap tindakan aktres itu bertujuan supaya rambut anaknya tumbuh dengan lebih lebat dan cantik. Malah, netizen turut memuji wajah Anais lebih kelihatan seiras dengan aktres berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Ala nak bagi rambut lebat lagi tumbuh ya. Tu sebab dia botakkan, sebab pernah buat kat anak buah dulu. Lepas botak, rambut tumbuh cantik dan lebat. Jadi Anais akan cantik selepas ini." - "Tak apa. Rambut boleh tumbuh lagi. Mana tahu semakin lawa rambut akan datang." - "Anais nampak comel dalam video. Baru pertama kali nampak dia iras Kinah. Selalu nampak iras suami saja," komen beberapa netizen.

Adik kepada penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah atau Shiera ini berkahwin dengan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Anais Adha pada 24 Mei 2017.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: