03 December 2019

MASUK HOSPITAL - DAFI KENA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU


Penyanyi dan pelakon Dafi atau nama sebenarnya ‎Gadaffi Ismail Sabri telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu selepas mengadu sesak nafas pada Sabtu. Difahamkan, Dafi mengalami jangkitan kuman di paru-paru.





Bekas pengurus Dafi, Afeeq Abdul Wahab ketika dihubungi berkata Dafi dimasukkan ke wad selepas mengadu sesak nafas pada Sabtu lalu. Bagaimanapun kata Afeeq, keadaan Dafi tidak membimbangkan cuma memerlukan rehat yang cukup buat masa sekarang.

"Setakat ini keadaan Dafi tidak membimbangkan, dia okay sahaja. Cuma Dafi perlu bernafas menggunakan mesin oksigen untuk paru-paru dia. Sudah dua hari Dafi di hospital, dia kini dalam proses merehatkan diri dan mendapatkan rawatan. Insya-Allah, tak ada apa-apa yang serius," katanya.

Tambah Afeeq lagi, selepas dimasukkan ke hospital doktor memberitahu Dafi mengalami demam dan perlu menjalani rawatan susulan. Dafi juga dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi jika keadaannya pulih dan sihat sepenuhnya.. Afeeq turut berkongsi mengenai berita mengenai sahabatnya itu di laman sosial Instagram, tengah malam semalam (Isnin).

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @afeeqiqnarcio


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: