03 December 2019

ISTERI FAKHRUL UNIC SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETIGA, LELAKI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Fakhrul Radhi Khamarudin, 33, dari kumpulan nasyid UNIC atas kelahiran cahaya mata lelaki semalam. Fakhrul berkongsi berita gembira terbabit menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya.





"2/12/2019 jam 3.10 pm, Alhamdulillah kakak pada adik ipar saya iaitu isteri saya telah selamat melahirkan baby boy. 3.66 kilogram.. Sado bukan? Sila save date tu, sebab baby nak hadiah banyak-banyak. Anak dan isteri kedua-duanya selamat. Terima kasih doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh.. Terima kasih atas doa semua," tulis Fakhrul.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Fakhrul atas kelahiran cahaya mata barunya. Untuk makluman, Fakhrul mendirikan rumah tanga dennen Siti Syahirah Sohimi, 34, dan sebelum ini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Muqri, 8 dan Waffa Illiyyin, 6.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fakhrul UNIC


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: