03 December 2019

EMMA DEMAM PANAS, KENA JANGKITAN BAKTERIA: "SUDAH SEMAKIN BAIK" - MICHAEL ANG


Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong telah dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan jangkitan bakteria. Perkara itu dimaklumkan oleh pengendali akaun Instagramnya kelmarin: "Hi guys, ini adalah pihak pengendali akaun Emma, untuk info, Emma ditahan di hospital kerana menghidap demam panas dan jangkitan bakteria, doakan kesembuhan buat Emma okay?".





Semalam, pelakon drama 'Cemburu Seorang Perempuan' itu sendiri ada berkongsi mengenai keadaan terkini dirinya. Menurut Emma, keadaan kesihatannya bertambah baik hari ini, dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan.

"Hi semua, sekadar makluman, demam masih ada tapi Alhamdulillah saya rasa lebih baik hari ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulis Emma yang mendapat perhatian para pengikutnya yang rata-rata mereka mendoakan agar Emma sembuh sepenuhnya dengan segera.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pengarah yang juga teman baik kepada Emma, Michael Ang mengesahkan pelakon wanita itu sudah semakin sembuh. Michael berkata, Emma yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu itu kini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

"Dia tidaklah sakit teruk seperti yang dianggap oleh umum. Saya baru saja menghubunginya bagi mengetahui status kesihatannya yang sebenar. Memang pada awalnya keadaan Emma agak teruk kerana demam akibat virus itu tidak kebah. Bagaimanapun sebaik dimasukkan ke wad dan mendapat rawatan, kini Emma sudah semakin baik," jelasnya ketika dihubungi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Emma Maembong & Michael Ang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: