03 December 2019

ISTERI LAN DEDAH SIKAP DA'I FARHAN & ISTERI KE-2: "TERKENA SUP PANAS, TETAP SENYUM"


"Throwback dengan Da'i Farhan dan kak Aireen. Kami kenal dekat Makkah... masa sama-sama pergi umrah hari tu. Panjang jodoh kami (terserempak di Bazaar Primawalk). Naik gua Hura' sama-sama, makan nasi unta sama-sama walaupun ustaz terkena curahan sup panas, tetap senyum.. haha," ujar isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim.





Isteri Lan berkongsi mengenai keperibadian Da'i Farhan dan isteri keduannya, Aireen menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Sheila mendedahkan dia mengenali pasangan kontroversi itu dan berkata mereka berkenalan sewaktu bersama-sama menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah pada September lalu.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu namun menyifatkan pasangan suami isteri itu memiliki keperibadian yang sangat baik: "Tak naklah komen apa-apa. Sebab kami kenal pun masa sama-sama pergi umrah. Dua-dua baik," katanya ringkas.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Da'i Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan menjadi perhatian apabila memuatnaik sebuah posting mengenai keikhlasannya berkahwin dengan seorang janda anak lapan di Makkah. Bagaimanapun, kisah itu menimbulkan kemarahan ramai apabila seorang kenalan rapat isteri pertama Da'i Farhan dikenali sebagai Ches Al-Maliki mendedahkan kononnya perkahwinan kedua itu sebenarnya berlaku tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Lebih memeritkan apabila isteri pertama yang dikenali sebagai Fatin itu kini sedang sarat hamil anak kedua dan dijangka bersalin awal Januari depan. Menepis dakwaan itu, Da'i Farhan menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah fitnah yang berkemungkinan dengan niat membalas dendam terhadapnya. Susulan itu, Da'i membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap wanita berkenaan selain beberapa individu lain.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: