03 December 2019

CIK B KONGSI KISAH DIDERA BIBIK, IBU KENA UGUT, DILARIKAN BAPA KANDUNG


Baru-baru ini, anak kepada usahawan dan penyanyi Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah berkongsi kisah hidupnya ketika kecil di Twitter yang mendapat perhatian ramai. Bukan sebarangan cerita, Cik B membuka kisah dia didera ketika kecil oleh pembantu rumah, serta kisah ayah kandungnya.





"Masa cikb kecik cikb selalu kena dera dengan bibik. Cikb kena kurung, kena pukul, kena semualah pastu masa Cik B kecik ayah kandung cikb dera mama jugak. Pukul-pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit. Ayah Cik B kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada.

"Cik B ingat lagi yang Cik B kena pukul pakai buluh dengan bibik. Tapi Cik B tak bagitahu mama sebab cikb kesian dengan bibik tu nanti kena marah dengan mama. Bibik tu pilih kasih, dia sayang anak yang ke 2 dan kacak Tapi Cik B dgn abang sulung kena dera," tulis Cik B di Twitternya yang menggunakan akaun @HavocCikb.

Tambah Cik B lagi, ayah sering mengugut ibunya untuk memotong tangan abang kepada Cik B jika tidak diberikan wang. Malah, Cik B juga pernah dilarikan oleh ayah kandungnya itu: "Ayah Cik B pulak selalu ugut mama nak potong tangan abang Cik B Kalau tak kasi duit. Lepas tu ada satu hari tu ayah Cik B bawak lari Cik B ke rumah dia. Lepas tu mama pun ambil Cik B balik rumah sampai gaduh-gaduh dengan ayah kandung Cik B. Iklan

Klik untuk gambar besar


"Bila mama tengok cctv dia nampak Cik B kena dera terus mama balik pecat dia (bibik). Tapi cikb pun kesian lah dengan dia macam mana dia nak kerja nanti sebab bibik tu pun kaki dadah pastu asyik-asyik isap rokok bila mama selalu takda rumah.

Menurut Cik B lagi, walaupun ibu dan ayahnya sudah bercerai namun setiap bulan ayahnya masih meminta wang daripada ibunya: "Walaupun mama dengan ayah cikb dah cerai setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jelah.

"Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah, abah ajit jaga mama. Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik," tulis Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu lagi yang mendapat hampir 11,000 Retweet dan hampir 18,000 likes.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: