03 December 2019

"HAPPY BIRTHDAY MAMA... MAMA DOAKANLAH ABG DGN 'SI DIA' YEA" - ANAK TERUNA ABBY


Pelakon dan penyanyi Abby Abadi telah memuatnaik entri dimana anak terunanya, Danish Hakim telah membuat ucapan panjang lebar buat ibunya sempena sambutan hari kelahiran Abby. Bukan sahaja doa buat ibunya, Danish juga membuat janji pada Abby dan juga meminta ibunya mendoakan semoga dia bertemu jodoh dengan pilihan hatinya yang telah direstui Abby. Sweet betul.





"Happy birthday to you Mama. Abang akan sentiasa doakan yang terbaik buat mama. Abang sayang mama infinity times dunia akhirat tau. Mama, Abang nak mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau kalau abang ada salah silap dengan mama selama ni secara sedar ataupun tidak sedar.Doakan supaya abang dapat jadi anak yang soleh.

"Mama doakan jugak untuk kekayaan dan kejayaan dunia akhirat anak mama ni. InsyaALLAH abang akan belajar rajin-rajin sehingga mencapai kekayaan & kejayaan dan untuk buat mama bangga: "Abang tanamkan dalam hati abang yang abang akan jadi pelajar terbaik dan akan dapat memegang segulung ijazah & master.. ITU JANJI ABG," tulis Danish panjang lebar.

Danish juga turut mengucapkan terima kasih buat ibunya itu yang sentiasa mendidik dan menjaganya dengan baik, malah turut bekerja keras untuk memberikan kesenangan hidup kepada dirinya dan juga anak-anak yang lain.

Klik untuk gambar besar


Paling 'sweet', Danish juga turut meminta ibunya berdoa agar ada jodoh antara dirinya dan buah hatinya: "Ehem ehem mama, mama pun memang berkenan dengan abang & 'si dia' kan. Jadi.. Hehe memandangkan doa diantara seorang ibu dengan anak itu tiada hijabnya kan hihi.. Mama doakanlah jodoh abg dgn 'si dia' yea.

"Ada banyak lagi abang nak tulis untuk mama kat sini sebenarnya tapi too long kalau nak share semuanya (mungkin kalau tulis kat sini sebulan mungkin belum habis kot huhu). Takpelah yg lain tu nnti abg share dgn mama just personally," tulis Danish lagi.

Pada masa yang sama, Abby seolah merestui hubungan anak teruna dengan pilihan hatinya itu. Malah, Abby turut sama berkongsi status tersebut dengan 'bakal mertua' Danish: "TQ Abang. Pegang pada janji ye. Mama tuntut. cc: bakal mak mentua, tolong doakan sekali hajat bakal menantu u ni hihi @light.km .. Amin," tulis Abby Abadi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: