03 December 2019

SAMAKAN KISAH CINTA RASULULLAH SAW - NETIZEN MENYAMPAH DENGAN DA'I FARHAN


Umum sedia maklum mengenai kisah rumah tangga Dai Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad yang berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak lapan yang telah mencetuskan kontroversi hangat. Rata-rata netizen mengecam tindakannya berkahwin lagi sedangkan isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka.





Menurut Da'i Farhan, dia pernah dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat untuk menjadi isteri keduanya sebelum ini, tetapi dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi. Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir dan ketentuan Allah SWT yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke-19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya iaitu Aireen.

Apa yang membuatkan netizen lebih marah dan menyampah ialah apabila Farhan mengatakan pertalian cintanya dengan isteri kedua diibaratkan seperti kisah cinta Nabi Muhammad SAW dan Khadijah. Sudah memberikan penjelasan secara ikhlas dan jujur. Farhan berkata, dia enggan terus melayan kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Farhan menegaskan isteri pertamanya itu berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri. Tiada langsung timbul isu perkahwinan keduanya itu tidak diredhai oleh isteri pertamanya. Apa yang viral sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

Biarpun menerima kecaman netizen, Da'i Farhan, 29, tetap bersyukur kerana masih ada segelintir masyarakat yang menerima penjelasannya secara postif. Dalam pada itu, pendakwah bebas tersebut masih mengekalkan pendiriannya menutup ruang komen di laman sosialnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, mStar & Instagram Da'i Farhan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: