04 December 2019

DA'I FARHAN AKUI CERAIKAN ISTERI PERTAMA TAPI NAFI LAKUKAN KEKERASAN


Isu berkahwin dua dengan seorang janda anak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah belum lagi reda kehangatannya, namun kini timbul pula dakwaan pendakwah bebas Da'i Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris. Rakaman suara lafaz cerai yang dipercayai milik Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, turut tersebar di media sosial.





Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Farhan menceraikan isteri pertamanya yang kini sedang hamil sarat hamil anak kedua. Individu yang dikenali sebagai Asiah itu membuat tuduhan bekas juara juara program Dai musim kedua tersebut telah mengurung dan memukul wanita berkenaan.

Enggan terus menjadi tanda tanya dan pelbagai spekulasi timbul, Da'i Farhan telah tampil mengesahkan bahawa dia sudah menceraikan isteri pertamanya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatSapp pada tengah hari Selasa: "Yang cerai itu betul... ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa)".

Bagaimanapun, Da'i Farhan menafikan dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu seperti dituduh seorang individu di laman sosial. Da'i Farhan berkata, dia juga tidak berada di luar negara seperti didakwa wanita terbabit: "Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang (tuduhan) lain fitnah".

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Da'i Farhan enggan mengulas lanjut berkaitan punca dia menceraikan isteri pertamanya itu. Dalam pada itu, menerusi sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu bagi mengurukan perceraian berkenaan.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Da'i Farhan yang menikahi seorang janda anak lapan, Aireen. Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila seorang rakan baik isteri pertamanya mendedahkan perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama yang sedang sarat mengandung.

Bagaimanapun, menerusi laporan eksklusif pada Jumaat lalu, Da'i Farhan berkata, tuduhan dia berkahwin secara bersembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan hasrat tersebut kepada isteri pertama dan keluarganya. Da'i Farhan juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke-19 berjaya membuatkan hatinya terbuka menerima hasrat itu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: