04 December 2019

VIDEO MIRIPNYA BERBIKINI - CHACHA ENGGAN ULAS, MAHU TUMPU JAGA KAKAK SAKIT


"Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang. Buat masa ini, saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital. Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.





"Saya memang tak boleh, minta maaf... tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang," demikian kata pelakon Chacha Maembong yang enggan mengulas lanjut mengenai video kontroversi miripnya yang didakwa berbikini di Bali, Indonesia bersama teman-temannya baru-baru ini.

Kata Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 23, dia tidak mahu isu yang berlaku mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakak, aktres Emma Maembong yang dimasukkan ke hospital kerana demam panas dan jangkitan kuman: "Lagipun saya kena jaga kakak, Emma yang sedang sakit. Saya tidak mahu isu itu mengganggu tumpuan. Saya tidak rasa untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu".

Beberapa hari lalu, tular beberapa potongan video kontroversi mirip Chacha yang didakwa berbikini di Bali, Indonesia. Video terbabit dipercayai telah dimuatnaik menerusi Insta Stories yang seterusnya viral di media sosial. Penularan video-video tersebut sekaligus mencetuskan reaksi kurang senang netizen dan turut menerima kecaman.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: