04 December 2019

"DAH BERTAHUN DAH BERCERAI... BUKAN AZAR PENYEBAB....." - TUNANG AZAR AZMI


Sebelum ini, pelakon Azar Azmi dikatakan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang duda anak dua yang dipercayai penerbit filem, Hafiz Rozlan, Ahad lalu. Namun begitu, baru-baru ini telah timbul dakwaan dimana segelintir pihak yang mengatakan Azar menjadi punca perceraian Hafiz dengan bekas isterinya.





Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan Hafiz dan turut mengakui status dirinya adalah bapa tunggal dan sudah beberapa tahun bercerai dengan bekas isteri: "Apa yang saya boleh kongsi adalah saya single father. Dah bertahun dah bercerai. Itu saja yang boleh saya cakap. Bukan Azar penyebab saya bercerai dahulu.

Difahamkan, Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, 30, bertunang di Mesra Abadi 8 Wedding Venue, Keramat, Kuala Lumpur dan ia hanya dihadiri keluarga, teman rapat serta beberapa orang rakan artis.

Klik untuk gambar besar


Pasangan itu dijangka bertunang selama setahun dan merancang majlis perkahwinan diadakan pada penghujung tahun depan. Azar dan tunangnya itu sudah mengenali satu sama lain sejak lima tahun lalu. Menerusi Instagram pada Selasa, Azar berkongsi video penghargaan kepada yang terlibat dalam majlis pertunangannya.

Dalam pada itu, Hafiz memohon maaf kerana tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai majlis pertunangannya sehingga Azar mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu: "Minta maaf... Saya telah dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang komen sehingga Azar sendiri yang mengeluarkan kenyataan".

Terdahulu, Azar penah mengakui dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya. Pengakuan tersebut dibuat selepas dia menafikan hubungan cinta itu goyah disebabkan lakonan mesra Syafiq Kyle menerusi drama 'Nur 2'.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: