04 December 2019

"SAYA PAKAI COLI... CUMA BUKAN JENIS BIASA" - JASMINE SURAYA CHIN


Mengenai penampilannya saat menggayakan persalinan menampakkan lurah pada sebuah majlis, baru-baru ini, sehingga tular di alam maya, pelakon Jasmine Suraya Chin menafikan dakwaan dia tidak memakai coli dan berkata dia memahami sensitiviti masyarakat berhubung isu berkenaan, sekali gus akan lebih berhati-hati dari segi pemakaian selain perkongsian di laman sosial.





"Orang salah faham... Saya pakai coli ketika menggayakan baju itu, cuma ia bukan jenis biasa. Sebenarnya saya takut nak memberikan sebarang reaksi kerana bimbang disalah tafsir atau seolah-oleh cuba mempertahankan diri. Saya pun tak sangka gambar busana pereka itu akan menjadi kecoh seperti ini, sampai ada yang salah faham.

"Bagi saya bab (seksi) seperti ini sangat sensitif dan saya pun mahu menjaga perasaan masyarakat. Memang ramai yang tinggalkan komen, tetapi apa pun tanggapan sesetengah pihak, saya tak boleh halang. Terpulang kepada persepsi masing-masing. Saya pula menerima semua komen yang dilayangkan pengikut di Instagram dengan hati terbuka. Paling utama, saya akan sentiasa beringat," kata pelakon Tionghua berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Positif berdepan dugaan, gadis berusia 30 tahun yang menyerlah menerusi filem Paskal itu juga mahu memberikan tumpuan terhadap kerja penggambaran telefilem, Jangan Ambil Kerja Tuhan, selain drama bersiri untuk slot Akasia berjudul 'Adellea Sofea'. Katanya, selepas ini dia akan berkampung selama tiga minggu di Bangkok, Thailand, pula untuk menyertai penggambaran sebuah filem seram terbitan produksi Hong Kong.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Jasmine Suraya Chin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: