04 December 2019

"HADIRNYA WANITA KAABAH... SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA" - BEKAS ISTERI DA'I FARHAN


Akhirnya segala spekulasi pendedahan oleh seorang peguam mengenai rumah tangga Da'i Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad terjawab apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan talak satu semalam.





Selepas Da'i Farhan membuat pengakuan, Fatin menerusi Facebook pula telah tampil menjelaskan segala kekusutan berlaku serta luahan hatinya tentang apa yang melanda rumah tangganya serta segala dakwaan yang telah didedahkan oleh seorang peguam sebelum ini.

Menerusi kenyataan itu, Fatin mengesahkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu berakhir dengan talak satu melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019. Menurut Fatin, kenyataanya itu bukan untuk menagih simpati namun untuk mempertahankan maruahnya dan keluarga apabila didakwa diceraikan kerana nusyuz.

Jelas Fatin, dia menerima lafaz talak daripada bekas suaminya secara audio dan menerima takdir dengan hati terbuka: "Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.

Klik untuk gambar besar


"Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ketiga dalam hidup keluarga kami," tulisnya.

Fatin turut tampil mempertahankan maruahnya yang diceraikan disebabkan nusyuz. Kata Fatin tuduhan itu telah mencemarkan maruah seorang wanita sepertinya yang kini sedang sarat hamil anak kedua: "Amat malang bagi saya kerana menerima hukuman nusyuz ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berdepan dengan respon masyarakat yang pelbagai".

Dalam pada itu, Fatin menjelaskan mengenai laporan polis yang dibuat berikutan dia merasakan diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan dia membuat laporan polis atas nasihat ahli keluarga.

"Merasa diri terancam dan perasaan takut serta selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan itu bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya," tambah Fatin.



Fatin berkata dia menerima apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah dan mahu fokus dengan kehidupannya di masa mendatang. Dalam catatan tersebut, Fatin turut mendoakan agar bekas suaminya dan isteri barunya bahagia selamanya.

"Hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya. Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya,” katanya.

Terdahulu, Da'i Farhan mengaku sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp tengah hari semalam. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya.

Sebelum ini, tular kisah peribadi Da'i Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah. Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin. Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: