05 December 2019

ISTERI KEDUA DA'I FARHAN: "PIHAK SATU LAGI SERING CARI KESALAHAN, BURUKKAN ORANG"


Nampaknya kontroversi perkahwinan kedua Dai'Farhan bersama seorang janda anak lapan sehingga kini masih cukup hangat diperkatakan. Terbaru, selepas timbul pelbagai spekulasi, pendakwah bebas itu membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.





Tidak dinafikan, apa yang berlaku memberikan tanggapan negatif terhadap pendakwah yang lahir daripada program realiti. Mengapa Farhan begitu tergamak menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak kedua mereka demi mengejar cinta baru? Macam-macam juga kecaman yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya.

Tidak tahan suaminya terus dikecam dan difitnah, isteri kedua Farhan yang dikenali sebagai Dr Aireen tampil membuka mulut mengenai isu hangat yang melanda rumah tangganya. Menurutnya, dia sebagai isteri kedua mengerti kedudukannya dan telah cuba sehabis baik untuk hidup berpoligami dalam keadaan aman, banyak berkorban serta mengalah. Namun, pihak satu lagi sering mencari kesalahan dan memburukkannya.

Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: