05 December 2019

LAMAR LISA AF2015 - 'JIBAM' BAKAL AKHIRI ZAMAN SOLO TAHUN HADAPAN


Selepas tiga tahun menyulam cinta, pelakon dan pengacara Akhmal Nazri, 27, atau lebih sinonim dengan panggilan Jibam dalam drama bersiri 'Oh My English' itu telah melamar gadis pilihan hatinya ini hujung minggu lalu ketika mereka berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak.





Difahamkan, Akhmal bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, penyanyi kelahiran AF2015, Allyssa Joanne atau Lisa, 26, pada penghujung tahun hadapan: "Saya sudah lama mengenali hati budi Lisa. Kami berkenalan pun ketika saya mengacarakan rancangan AM Live di Astro Ria. Ketika itu, dia menjadi tetamu untuk program terbabit.

"Semenjak itu, kami mula rapat dan menjalin cinta. Selepas sekian lama menjalin hubungan, saya telah melamarnya beberapa hari lalu dan sangat gembira apabila dia menyatakan persetujuan untuk menjadi isteri saya. Insya-Allah, kami bakal bertunang dan ikatan akan dijalinkan selama setahun sebelum kami disatukan pada penghujung tahun hadapan," kata Akhmal ketika dihubungi oleh Gempak.

Klik untuk gambar besar


Tambah Akhmal yang terkenal dengan watak Jibam dalam drama bersiri 'Oh My English', keluarga juga tidak menghalang hubungan mereka dan memberikan restu terhadap ikatan cinta yang dibina: "Keluarga kedua belah pihak sangat memahami. Saya gembira kerana hubungan kami mendapat persetujuan.

"Lisa merupakan seorang gadis berbangsa Iban, jadi buat masa ini dia sedang mempelajari dan mendalami agama Islam. Buat masa ini, Lisa masih menyanyi tetapi hanya sekadar memenuhi jemputan sahaja kerana dia kini bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan. Saya memohon doa yang baik-baik dari semua pihak agar segala urusan kami untuk membina masjid dipermudahkan, Insya-Allah," katanya menutup bicara.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Akhmal Nazri & Allyssa Joanne


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: