09 December 2019

"HAPPY BIRTHDAY MAMA" - SHUIB HADIAHKAN IBU KERETA PEUGEOT


Menerusi laman Instagram, pelawak Shuib Sepahtu telah menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda berjenama Peugeot buat ibunya. Hadiah tersebut diberikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang disambut semalam, 8 Disember 2019.





"Happy birthday mama, 8/12, semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, makin harat, makin muda, dan di TEMPATKAN DISYURGA PALING TINGGI... AKO SAYANG MAMA DUNIA AKHIRAT #HJMOTORS @thehjmotors," tulis Shuib yang berkongsi rakaman video ketika menyerahkan kunci serta hadiah tersebut kepada ibunya di sebuah showroom kereta.

Ibunya yang seperti sudah mengetahui mengenai perkara tersebut gembira sambil memeluk anaknya tanda berterima kasih. Ibu Shuib sempat 'merasmikan' kereta tersebut dengan memasuki kereta berwarna putih itu dan mula menghidupkan enjin.

Klik untuk gambar besar


Mereka turut ditemani isteri Shuib iaitu penyanyi Siti Sarah Raissuddin serta anak mereka. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan cara Shuib menghargai ibunya.

Difahamkan ini kali kedua Shuib menghadiahkan ibunya kereta dan sebelum ini pada hari lahir ibunya tahun lalu. Untuk makluman, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak, Uwais Alqarni, 7, Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: