08 December 2019

"TAK PERNAH BERTENTANG MATA... JUMPA LAGI KAT SYURGA.. TOLONG CARI KAMI" - NORMAN


Menerusi laman Instagram, pelakon Norman Hakim telah memuatnaik video anak kepada bekas isterinya, penyanyi dan pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Danial Firman dan meluahkan rasa sedih atas pemergian bayi tersebut.





Pada masa sama, Norman berkata, mereka sekeluarga tetap menyayangi bayi tersebut biarpun belum berkesempatan untuk bertemu. Dalam pada itu, Norman memberitahu dia masih tedak percaya menerima perkhabaran sedih itu. Katanya, dia dan keluarga akan menziarahi pusara Muhammad Danial setibanya di Malaysia pada minggu depan.

"Salam Tahajud dari Makkah Baby D sayang... walau papa, mummy, Abg2 & Kakak2 semua tak pernah bertentang mata & tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali Abah dgn Mama, tapi kami sangat2 menyayangi Baby D tau... Hari2 dengar progress Baby D dari Abah & Mama.

"Dan skrg Baby D dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dulu... antara asbab utk Baby D bawak Abah @jaiezzany & Mama @abby_abadi112 ke syurga jugak nanti. Semalam rasa mcm mimpi bila Abah bgtau yg Baby D dah tak ada tinggalkan kami lepas Isyak waktu Makkah. Hari ni bangkit dari Tahajud, pun rasa mcm mimpi jugak tp bila bukak IG tgk comments & tgk ramai yg mendoakan & sedekahkan Baby D Al-Fatihah, mmg kenyataan Baby D dah takde, dah tinggalkan kami semua.

Klik untuk gambar besar


"In shaa Allah selesai Umrah, bila balik Malaysia nanti, kitaorang ramai2 akan ziarah Baby D kat pusara nanti. Tunggu kami datang ye sayang... In shaa Allah kita jumpa lagi nanti betul2 kat syurga (kalau tak jumpa, selain dari Abah & Mama, tolong cari kami nanti jugak tau sayang).

"AL-FATIHAH buat Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal (27/9/19 - 7/11/19)Terima kasih buat semua sahabat2 yg baik budiman kesayangan Allah S.W.T. & Rasulullah SA.W. diatas ucapan & doa2 yg dikirim buat Baby D...," tulis Norman.

Muhammad Danial merupakan anak pertama Abby bersama suaminya, Muhammad Faizal yang dilahirkan pra-matang dengan berat 535 gram pada 27 September lalu. Selepas lebih dua bulan bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), bayi itu akhirnya meninggal dunia akibat komplikasi pada hati.

Berita sedih itu dikongsi Abby dan suaminya menerusi Instagram pada awal pagi, Ahad. Bagaimanapun kedua-dua mereka kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah sejak Khamis lalu. Abby dan suaminya melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menatap wajah bayi mereka buat kali terakhir.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Norman Hakim & Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: