08 December 2019

ZIZI DEDAH MALIQUE KESAL FOTO BERCUTI BERSAMA KELUARGA TULAR


Berhubung penyebaran foto Malique bercuti di luar negara bersama keluarga yang tular di laman sosial baru-baru ini, penyanyi Zizi berkata penyanyi rap dan komposer itu meluahkan rasa kesal: "Ya! Malique ada meluahkan rasa kecewa dengan penyebaran gambar dia bersama keluarga dilapangan terbang di sebuah negara baru-baru ini.





"Dia mengaku rasa kurang selesa apabila mendapat tahu ada orang kongsi gambar itu di Facebook sehinggakan ia menerima liputan beberapa blog. Tapi saya cakap dengan dia biasalah sekarang ini zaman media sosial, apa-apa pun orang akan muatnaik dahulu, jadi perkara sebegitu pasti akan berlaku," kata Zizi yang merupakan anak didik kepada Malique.

Sebelum ini, pengguna laman Facebook berkongsi foto Malique bersama isteri dan tiga orang anaknya dipercayai di rakam di sebuah lapangan terbang di luar negara. Perkongsian lelaki itu menarik perhatian peminat sehinggakan foto itu menjadi tular di media sosial.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi lagu 'EH' ini menyarankan peminat yang ingin bergambar bertemu dan meminta kebenaran terlebih dahulu: Sebenarnya, ramai saja peminat yang bergambar dengan Malique sebelum ini, dia okay sahaja kalau minta bergambar. Itu lebih baik daripada rakam gambar curi-curi... dia kurang selesa lebih-lebih lagi jika dia bersama isteri dan anak-anak," ujarnya.

Terdahulu, bekas ahli kumpulan Too Phat ini hilang secara misteri dalam industri hiburan sehingga menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2007. Malique bagaimanapun memilih untuk bekerja di sebalik tabir dan karya lagu-lagunya masih lagi kedengaran sehingga kini.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: