08 December 2019

"TARIK MAMA ABAH MASUK SYURGA..." - ANAK ABBY ABADI MENINGGAL DUNIA


"Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang. Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami.. Maafkan Mama Abah sayang. Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat. Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia utk menunaikan Umrah khamis 5/12 haritu. Maafkan Mama Abah sayang," tulis pelakon Abby Abadi yang berkongsi berita sedih pemergian anaknya, Muhmammad Danial Firman menerusi laman Instagram miliknya kira-kira jam 2 pagi tadi.





Selepas 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, bayi Abby menghembuskan nafas terakhir, malam tadi. Pelakon 'Gerak Khas' itu bagaimanapun, tiada di sisi anaknya kerana berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama keluarganya sejak dua hari lalu. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 41, dalam hantaran sama memaklumkan, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, di sini, pagi ini.

Dia yang turut berkongsi wajah arwah anaknya menerusi sebuah paparan video turut memohon maaf kerana tidak berada di sisi Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Faizal. Sementara itu, suami Abby, Faizal Zakaria pula terkilan kerana tidak dapat menatap wajah bayi mereka buat kali terakhir. Faizal menerusi satu muatnaik di Instagram memohon maaf kepada bayi mereka kerana tiada di sisi pada saat akhir.

"AL Fatihah... Baby D Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal. Hari Ke 2 Abah & Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kami. Allah pinjamkan Baby D sekejap je...Abah & Mana redha setiap apa yang telah Allah tentukan. Sedih sgt2 sbb abah x dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nk uruskan Baby D. Maafkan Abah sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir. Ya Allah Kau yang lebih mengetahui dari segala2nya, segala perancangan Mu adalah yang terbaik. Abah doakan Moga Allah temukan kita di Syurga nanti. Abah sayang Baby D dunia akhirat," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Semalam, Abby turut memuatnaik gambar dan memohon peminat mendoakan kesembuhan anaknya, selepas suaminya menerima panggilan telefon mengenai keadaan terkini bayi itu. Abby, bagaimanapun tidak menceritakan secara terperinci keadaan bayinya, sebaliknya hanya menyatakan, dia dan suami mengharapkan keajaiban daripada Allah.

Muhammad Danial Firman dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram. Allahyarham dilahirkan secara pembedahan ketika kandungan Abby mencecah lima bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.

Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih. Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Abby Abadi & Jai Ezzany


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: