23 December 2019

IBU MENTUA ZARINA MENINGGAL DUNIA: "MOHON DOAKAN AL-FATIHAH..."


Pelakon Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan berita sedih dimana ibu mentuanya, Napsiah Ab Jalil menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.45 pagi tadi. Zarina kini difahamkan berada di Singapura ketika menyampaikan berita duka tersebut.





"Innalilahiwainnailairojiun... Mak mertua saya Napsiah binti Ab Jalil telah pulang ke rahmatullah pada jam 6.45 pagi ini mohon doakan Al-Fatihah buat Armahumah semuga rohnya ditempatkan di kalangaan orang orang yang beriman dan beramal soleh," tulisnya.

Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Pun begitu, Zarina memberithau dia seperti tidak sempat untuk pulang ke Kelantan untuk menziarahi jenazah ibu mentuanya kerana masih mempunyai urusan di Singapura.

Klik untuk gambar besar


"Saya masih di Singapore tak terkejar nak balik kelantan esok pulak hari jadi saya... Ya Allah tarikh keramat ini saya akan ingat selamanya..," katanya yang menerima komen dimana rata-rata mengucapkan takziah kepadanya serta mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan.

Untuk makluman, Zarina berkahwin dengan suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada Julai 1993. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: