23 December 2019

"KENAPA TAKUT KALAU BETUL" - AMYZA AZNAN JELAS SEBAB LANTANG BERSUARA


Mendedahkan dia tidak kisah untuk berkongsi pandangan secara terbuka di media sosial selagi tidak melanggar batas undang-undang, pelakon Amyza Aznan, 43, berkata, dia hanya akan bersuara mengenai sesuatu perkara itu sekiranya difikirkan perlu.





"Kenapa perlu rasa takut kalau perkara itu betul? Jangan sampai kita boleh dikenakan tindakan undang-undang sudahlah. Kalau saya rasa saya perlu bercakap mengenai sesuatu perkara itu, saya akan lakukan. Memang orang akan cakap saya ni lantang sangat di media sosial... Tapi bukan selalu," ujarnya.

Bagaimanapun, Amyza berkata, kelantangannya dalam meluahkan pendapat perlu mempunyai batas dan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Tambah Amyza, dia juga tidak takut sekiranya digam mana-mana televisyen kerana bertindak sedemikian.

Klik untuk gambar besar


"Lantang kena ada batas... sensitiviti orang kita kena jaga. Kalau tak cakap lepas pun saya rasa umpama sudah digam... lebih baik saya cakap saja. Artis dulu kena banned kalau lakukan kesalahan macam ambil dadah atau gambar bogel tersebar. Sekarang ni tak buat benda itu pun dah rasa digam," katanya.

Amyza merupakan salah seorang selebriti yang dilihat lantang bersuara di media sosial. Ini termasuklah hal berkaitan industri hiburan dan beberapa hal peribadi membabitkan dirinya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: