23 December 2019

NINA ISKANDAR SELAMAT BERSALIN: "YOU WERE SUPPOSED TO BE MY 2020..."


"You were supposed to be my 2020, but I believe Allah has better plans. Assalamualaikum & welcome to the world, my child. In this Dunya everything is temporary, and although sometimes I too forget that it shouldn’t fill the void inside us, I hope that with your presence it will remind us together.





"And no matter in Dunya or Akhirah, you are a blessing and an incredible gift from Allah SWT, who gave me my cherished title of 'Mother'. You're my responsibility now, and I pledge with all my life I will protect you and take care of you for as long as I'm still breathing.

"9.25am, 23rd December 2019 marks the birth of my first born child. Alhamdulillah. #AmanahDuniaAkhirat," tulis pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pukul 9.25 pagi Isnin.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Nina melalui akaun Instagramnya tengah hari tadi. Menurut tulisan Nina, anak pertama beliau ini sepatutnya lahir pada awal tahun 2020 namun Tuhan lebih tahu apa yang dirancang-Nya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi kemaskini tersebut juga, Nina meluahkan rasa bersyukur apabila telah selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Mohd Azlan Adzanan. Dalam sekeping gambar yang dikirimkan, Nina dilihat merenung dengan penuh kasih sayang mata anak pertamanya itu.

Beliau dan suami bagaimana pun belum bersedia untuk dedahkan jantina, nama atau wajah penuh anak mereka. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat pasangan itu atas kelahiran anak sulung mereka. Ramai juga yang tidak sabar untuk lihat wajah penuh bayi pertama Nina Iskandar dan suami.

Untuk makluman, Nina, 28, bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Azlan, 37, pada awal April lalu. Perkara itu dikongsi Nina menerusi majlis persandingan yang diadakan pada 4 Ogos.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Nina Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: