23 December 2019

"BERGAYA LA PUAS2.. WAHAI ANAK... SIKIT TAHUN LAGI PAKAI TUDUNG..." - WAWA ZAINAL


Menerusi laman Instagram, pelakon Wawa Zainal telah memuatnaik foto anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4, seperti seorang anak remaja dan terhibur melihat gelagatnya itu yang sudah mula tahu bergaya mengikut citarasanya tersendiri.





Menurut Wawa, Hayla berbeza dengan anak sulung lelakinya, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, yang hanya bersederhana bila bergaya. Pun begitu, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu memberi kebebasan kepada anaknya untuk bergaya kerana sampai masa nanti dia mahu anaknya bertudung.

"Hasil dia shopping smlm. Semua pilih sendiri termasok warna Kuku tu pastu buat sendiri cpt nya membesar.. pandai nya budak2 zmn skg bergaya beza budak pompuan dgn budak laki.. hayla Kalau g shopping mall semua benda nak beli. Kalau attar 1 je cukup .. fuhh tarik nafas ada dua anak pompuan da bergaya la puas2 skg ye wahai anak .. sikit tahun lagi pakai Tudung pulak hehe," tulis Wawa.

Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Ayya Soffya yang baru berusia sebulan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Wawa Zainal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: