23 December 2019

BILA YUSOFF 'CEMBURU' DENGAN ADIK BONGSU: "FIRST DAY... DIA NAK CAKAR"


"Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah!! First day je dia nampak baby dia nak keracak (cakar)....





"Sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham..... tapi jgn pgg baby lama2 sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan," demikianlah kata isteri kepada usahawan kosmetik Aliff Syukri, Datin Nur Shahida menerusi laman Instagramnya.

Shahida yang kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak kelimanya pada 19 Disember lalu itu berkongsi sikap anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi yang seakan-akan 'cemburu' dengan adik bongsunya, Raudhah Arshiyah.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun jelas Shahida, anak lelakinya itu kini kian memahami dengan kehadiran orang baru di sisi. Lalu, entri berkenaan turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen dan ada turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Untuk info, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan , Instagram Datin Nur Shahida, Aliff Syukri & Rozita Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: