13 December 2019

ISSEY TIADA NIAT SEMBUNYI: "DULU ARWAH (IBU) BANYAK KALI SURUH SAYA KAHWIN"


"Saya tidak ada niat untuk menyembunyikan tentang kisah peribadi saya. Saya dan bakal isteri telah sama-sama berbincang untuk kunci mulut dulu. Saya nak tunggu bagi betul-betul jadi dan segalanya berjalan dengan lancar baru saya umum. Kalau perasan saya memang jarang kongsi hal peribadi di media sosial terutamanya di Instagram (IG).





"Lagipun banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum melangkah ke alam perkahwinan ini," demikian kata penyampai radio dan pelawak Issey Titan yang menyatakan dia tidak berniat untuk menyembunyikan mengenai perkahwinannya yang bakal berlangsung 22 Disember ini.

Jelas Issey, dia harus mendapatkan persetujuan daripada calon isteri, Noor Aimi Jamel terlebih dahulu. Dalam pada itu, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin akui berasa sedih apabila hari bahagianya tanpa insan yang bergelar ibu.

"Saya berasa sebak kerana arwah ibu tidak dapat menyaksikan majlis perkahwinan saya. Dulu arwah banyak kali suruh saya kahwin. Saya pernah menyuarakan pasal keinginan ini dan Alhamdulillah dia setuju. Ibu mana tak gembira apabila anaknya ingin berkahwin kan.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya perancangan nak kahwin tu dah lama ada cuma terpaksa ditunda selepas ibu meninggal dunia. Walau apapun, saya berjaya tunaikan hasratnya," ujanya lagi.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Issey mendedahkan bakal menamatkan zaman duda dengan pilihan hati, Noor Aimi Jamel yang merupakan kenalan lamanya di Kelantan. Wanita tersebut merupakan seorang janda yang mempunyai tiga orang cahaya mata.

Issey dan Aimi bakal melangsungkan majlis pernikahan di Kota Bahru, Kelantan. Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Issey Titan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: