13 December 2019

"JIKA ADA REZEKI, KAMI MAHU TIGA ANAK ATAU SEPASANG LAGI..." - FOUZIAH GOUS


Dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 4, dan Zaheen Yusof, 2, hasil perkahwinan dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013, pelakon Datin Fouziah Gous memberitahu dia juga sudah bersedia untuk mendapat anak ketiga selepas ini. Fouziah mengakui dia memang merancang untuk memiliki anak yang ramai sekali gus memiliki keluarga besar pada masa depan.





"Alhamdulillah, anak kedua, Zaheen sudah mencecah usia dua tahun dan baru bercerai susu badan. Insya-Allah, jika ada rezeki, kami mahu sekurang-kurangnya tiga anak ataupun dapat sepasang lagi selepas ini," tutur pelakon drama bersiri 'Sara Sajeeda' ini.

Ditanya perkembangan anak keduanya itu, kata Fouziah, dia juga tidak cukup rehat kerana Zaheen kerap bangun untuk menyusu pada waktu malam. Mengenai rumah baru pula, kata Fouziah, dia bakal berpindah selepas pejabat perniagaan produk sarang burung FG Walet yang diubahsuai siap tidak lama lagi:

"Setakat ini, pejabat baru syarikat sudah siap sebanyak 70 peratus. Rumah baru kami juga hanya berhadapan dengan rumah lama yang juga tempat tinggal kami sekeluarga. Kami beli rumah itu kerana tidak mahu berjauhan dengan ibu bapa yang sudah tua," kata Fouziah.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Instagram Fouziah Gous


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: