30 December 2019

ISU HINA HIDUNG - NAK SAMAN TAPI SITI SARAH BIMBANG 'BUNUH DIRI'


Siti Sarah Raisuddin masih mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang memandangkan mereka yang menghina atau mempersendakan bentuk tubuh individu lain boleh didenda RM50,000 dan dipenjara setahun mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).





"Saya sebenarnya berat hati untuk mengambil tindakan terbabit, tetapi saya tidak kata tidak mahu melakukannya. Takut kalau sekarang ini saya kata tidak mahu mengambil tindakan undang-undang tapi kemudian hari selepas berbincang mengenai perkara itu saya akan melakukannya.

"Saya memikirkan bagaimana situasi sekiranya mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang menghina hidung saya itu.

"Untuk mengesan siapa individu yang memuat naik kenyataan menghina fizikal wajah saya itu tidak susah. Dengan bantuan pihak berkuasa dan peguam ia mudah untuk dilaksanakan,” ujarnya dipetik sebagai berkata bagi mengulas mengenai netizen yang menghina bentuk hidung peseknya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Ini kerana, dia bimbang sekiranya individu terbabit tidak dapat berhadapan dengan tekanan bakal diterima kerana akan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Cuma kepada individu itu, dia mungkin tidak pernah berdepan dengan tekanan disaman, dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman penjara atau harus membayar denda RM50,000.

"Takut perkara itu membuatkan dia berada dalam tekanan dan silap hari bulan mengambil jalan singkat serta membunuh diri. Nauzubillah! Perkara seperti itu yang mahu saya elakkan.

"Saya tahu orang yang menghina dan memuat naik di Instagram itu akalnya tidak panjang. Kalau akalnya panjang dia tidak akan berbuat demikian," tambahnya yang masih memikirkan adakah perlu atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: