30 December 2019

LIMA HARI DEMAM - TIA JINBARA MASUK HOSPITAL UNTUK RAWATAN LANJUT


"Namun, apabila demam itu berlarutan dan tidak menunjukkan tanda untuk pulih selepas lima hari, saya mula bimbang dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor pada mulanya mengesyaki dia mungkin menghidap denggi, namun disahkan bebas selepas menjalani ujian darah.





"Suami turut menjalani ujian Influenza, tetapi keputusan menunjukkan negatif. Selepas disahkan menghidap demam virus, dia ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," demikian kata Suzan Ahmad, isteri dan juga pengurus vokalis kumpulan Jinbara, Tia, yang memberitahu, dia pada mulanya menganggap suaminya hanya mengalami demam biasa.

Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam, semalam akibat demam virus. Suzan berkata, suaminya perlu menjalani beberapa pemeriksaan, termasuk buah pinggang untuk memastikan tiada masalah lain.

"Buat masa ini, kami masih menanti keputusan terkini ujian darah yang dilakukan. Kami berdoa dia tidak berdepan masalah serius," jelasnya yang turut berkongsi perkara itu menerusi laman sosial.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: