20 December 2019

ISU ZARA ZYA: "TAK NAK BERI KOMEN... KAMI TIADA KAITAN LAGI" - HAFREEZ ADAM


Berhubung penyebaran video paparan mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengaitkan bekas tunangnya, aktres Zara Zya dengan individu lain baru-baru ini, pelakon Hafreez Adam atau nama penuhnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 29, enggan mengulas lanjut mengenainya dan menegaskan, dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan pelakon drama 'Tuan Anas Mikael' itu.





"Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara). Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia. Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang dan kami tiada kaitan lagi," katanya.

Sebelum ini, sepotong video yang memaparkan rakaman perbualan mesej yang mendakwa Zara dengan seorang individu lain tersebar. Perbualan mesra itu dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan mereka terlerai. Bagaimanapun, Zara kemudian menafikan dakwaan yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Hafreez berkata, kegagalan dalam hubungan itu tidak membuatkan dirinya serik untuk bercinta dengan orang dalam industri. Bagaimanapun, Hafreez belum bersidia untuk mencari pengganti dan memikirkan soal jodoh buat masa ini.

"Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga. Sekarang ini, saya hanya berserah saja dan tiada perancangan pun dalam soal itu. Cuma untuk cari pengganti dalam masa terdekat ini, memang tidak la," ujarnya.

Terdahulu, Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu selepas dikatakan mula menjalin hubungan apabila digandingkan bersama dalam drama 'Mona Lisa' Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mengakhiri zaman bujang pada 10 Oktober 2020 tidak kesampaian apabila mereka dilaporkan memutuskan ikatan sebulan selepas bergelar tunangan.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Hafreez Adam & Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: